Wednesday, November 17, 2010

Foto SKBT Terkini

Padang sekolah. Bila musim sukan padang yang sama inilah kena buat garisan menggunakan minyak hitam. Kena cabut kemucut selepas perhimpunan, dulu mana ada mesin rumput. Penuh kemucut lekat pada stokeng. Bila musim sport ibu bapa datang beramai-ramai memberi sokongan tidak macam sekarang dah kurang atau tak tahu pun ada sport.

Pintu pagar utama SKBT

Bangunan baru SKBT, semasa saya dulu hanya bangunan kayu. Hanya bilik guru bangunan batu beberapa tahun kemudian dan akhir sekali bangunan kelas kat kantin bermakna hanya dua bangunan batu pada masa itu akhir 1975.

Friday, November 12, 2010

NOSTALGIA DI SKBT

Tepi pintu masuk utama SKBT terkini.

Saya rasa terpanggil untuk membina blog SKBT dan menulis sepatah dua kata untuk tatapan umum mengenai pengalaman di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.

Kelas adik saya Asma binti Abd Razak no.7 dari kiri sebelah cikgu Rafeah.

1970-Saya mulai darjah 1B pada masa itu guru kelas ialah cikgu Mansor, kenderaannya ialah Vespa Lambretta. Oleh kerana kekurangan kelas maka dua kelas diruang kantin sekolah. Cikgu bahasa Inggeris ialah Cikgu Wan Manaf binti Wan Muda yang kini kurang sihat tinggal di Kampung Pasir Panjang.Penjual dikantin pada masa itu ialah Pak Tawang berasal dari Kampung Bukit Tunggal. Tukang sapu sekolah yang saya masih ingat ialah arwah Pak Man dan dan Pak Lah (maaf nama sebenar tidak tahu). Saya dan rakan-rakan yang lain ditempatkan sesi pagi iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal 1. Bagi sesi petang ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal II dimana lencana adalah berbeza satu sama lain. Lencana yang ada kini adalah lencana baru. Dahulunya warna biru tua tidak banyak warna Cuma api obor berwarna merah. Matematik masa itu dipanggil 'Ilmu Kira-kira', darab dipanggil 'Kali'.

1971-Darjah 2A Guru kelas ialah Puan Syariah binti Yaakub...hooo garangnya. Masih ingat lagi kena hafal 'RUKUN NEGARA'. Buku tulis/latihan pada masa itu ada sifir dan rukun negara dibelakang. Buku kerja Bahasa Malaysia kisah burung gagak dengan takar, anjing dengan bayang-bayang, tiga budak hitam dan lain-lain.

1972-Darjah 3B Guru kelas ialah Muda bin Ismail tinggal di Kampung Gong Kapas. Guru bahasa Inggeris ialah Mohd Abu...garang jugak tu. Uztaznya ialah Zakaria. Darjah tiga 3B dan 3C ditempatkan dibanguan Pejabat Lama yang bertiang di perbuat daripada kayu. Guru kelas 3C ialah cikgu Yong berasal dari Kampung Losong Feri. Bila waktu rehat bawah bangunan itulah tempat bermain mencari cencorut (juga dikenali cikgu atau undur-undur). Guru kumpulan nyanyian untuk malam pasaria sekolah ialah cikgu Tan Kee Chu tapi bila giliran buat persembahan diatas pentas ditengah padang apa lagi saya terus menghilang.....Pada tahun ini pelajaran 'Tata Rakyat' juga diajar kini Sivik.

1973-Darjah 4A3 Guru kelasnya ialah cikgu Mokhtar bin Embong berasal Kampung Batu Buruk (dekat Sek. Men. Bt. Buruk). Cikgu bahasa Inggerisnya ialah cikgu Latif bin Naemat...hhooo garang...selalu kena rotan. Semasa darjah empat ini murid-murid diletakkan berpasangan lelaki dan perempuan dalam kelas agar tidak bising. Pelaran 'Sain' mula diajar dan juga 'Ilmu Alam' lini dipanggil geografi. Sejarah juga diajar tapi pada masa ini dinamakan 'Tawarikh'. Nama kelas diubah dan juga dimansuh SKBT 1 dan SKBT II. Pada tahun ini Muhammad Ali melawan George Foremen di Zaire maka dewan sekolah dibuka dan semua murid-murid serta guru akan menyaksikan perlawan bersejarah dalam sukan tinju. Oleh kerana dewan penuh maka diberi kebebasan untuk kerumah guru berhampiran sekolah untuk menonton siaran secara lansung. Begitulah setiap kali diadakan perlawanan tinju. Aku pergi tengok di rumah Cikgu Latif Naemat, cikgu ini sangat bekeng dia berasal dari Negeri Sembilan selalu jugak kena rotannya.

Dari kiri Zulkafli (aku kini di Kerteh), Mustafa Abu Hassan (lost contact), M Daik Yatim (Pekan -Lost contact) dan M Narakna Hassan (Kini di N. Sembilan). Kemanakah kamu semua wahai sahabatku.

1974-Darjah 5A2 Guru kelas ialah cikgu Zakaria kenderaanya kereta kura (Volksvegen) biru. Peperiksaan penilaian telah dilalui pada tahun ini tapi keputusan hanyalah 3B2C haaaaa. Mengikut blog mengenai SKBT yang satu lagi iaitu pautan,

mereka yang berjaya ke Sekolah Menegah Sains (kini Sek. Men. Sultan Mahmud-Wakaf Tembesu) seramai dua orang itu ialah Khairul Anuar Ibrahim (kini di TLDM, Lumut-telah bersara dan masih menyambung perkhidmatan) dan Sapini bin Kunju (berita dari kawan kini beliau mengajar di Sek. Men Vokasional, Besut). Ketika hari guru saya sukarela ingin menyampaikan lagu Ahmad Jais iaitu lagu bertajuk 'Sibuyung', maka dipraktik didalam kelas kira okay jugak tapi bila hari guru....tembor (lorat Trg) lari balik...berdebar....Tahun ini juga kalau tak silap semua ejaan lama tidak digunakan lagi seperti mengeja CHUACHA kini CUACA, SHARIKAT kini SYARIKAT dan huruf ‘Ĕ’ ‘ĕ’ bertanda tiada lagi tanda diatasnya dan seterusnya. Selain daripada itu ialah penggunaan sistem metrik tiada lagi kiraan dalam 'KAKI, ELA, BATU ditukar kepada 'METER, KILOMETER dan lain-lain.

Duduk dari kiri; Adnan Tawang (Kini bertugas di JKR Trg) dan Dasuki (Kini bertugas di Pej. Agama Trg)

1976-Darjah 6 Orkid Guru kelas, guru besar dan juga guru matematik ialah Tuan Hj Mahmud berasal dari Kampung Banggol Pauh. Guru Bahasa Malaysia ialah cikgu A Rahman bin Che Mat. Akhir tahun diadakan jamuan ucapan selamat perpisahan kerana berakhir sudah belajar disekolah ini dan akan menempuh kesekolah menengah. Diadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Memproses Kelapa Sawit, Landas, Jerangau dan Tapak Semaian di Ajil dan balik melalui bandar Dungun dan singgah makan di Teluk Lipat. Ramai kawan-kawan seangkatan semenjak meninggalkan SKBT, terputus silaturahim kerana tiada maklumat atau telah berhijrah.

Nostalgia lain di SKBT ialah selepas perhimpunan semua murid-murid dikehendaki mencabut rumput di padang, mengutip sampah,membuat garisan dengan minyak hitam kotor untuk hari sukan, membawa lipas, bawa kotak mancis dan macam-macam lagi. Bila cikgu nak lipas susah lah mencari dalam gulungan tikar kercut atau payung kertas di rumah. Hari sukan ibubapa berduyun-duyun datang menyaksikan temasya tersebut. Yang seronoknya penjual aiskrim dan kacang kuda rebus mesti ada tapi yang tak seronok tiada duit. Semasa darjah satu saya bawa hanya sepuluh sen sahaja dan paling banyak bila darjah enam adalah mak beri dua puluh sen boleh simpan berjimat. Wallet tak ada jadi masuk dalam poket dan ikat dengan getah atau ikat dalam sapu tangan.

Jika tidak dapat menjawab soalan atau gagal dalam sesuatu mata pelajaran dendanya menjunjung kerusi keliling bangunan, berdiri di atas bangku atau kerusi, rotan adalah perkara biasa malah makin menghormati guru kalau mengadu kepada ibubapa mungkin lebih teruk ditambahnya haaaaa. Berkebun sayur juga diajarkan, tanam lobak, peria, labu dan sebagainya.

Suasana dalam bilik darjah 6 Orkid. Cikgu kelas pada masa ini ialah Cikgu A Rahman Che Mat (bersara - kini masih aktif menulis cerpen dan novel).

Dari barisan depan kiri kekanan dan seterusnya Khairul Anwar Ibrahim, M Yusof Ali, Yakari Sulong, Apandi Sidek, Soberi Wahab, Azam Mohd, ?, Adnan Tawang, Sapini Kunju, Dasuki Awang, Fauzi Abdullah dan M Daik Yatim.

Sebelah kiri berpaling tu aku, ?, Mahari Mohd, Kamaruddin Omar (ustaz K yang selalu ada dlm radio), Mustafa Abu Hassan, Che Saufi Khalid, M Narakna Hassan, Che Kamaruddin, ?, Azmi Ismail, M Adli Malek.

Yang perempuan dari kiri Azipah, Fatimah Embong dan ?

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat saya nukilkan dan kepada guru-guru yang pernah mendidik saya dan juga rakan-rakan yang lain jasa mu tidak terbalas semuga amal jariah akan dinilai disisi Allah s.w.t dan mohon maaf di pinta seandainya pernah membuatkan perasaan cikgu marah atau kecewa tanpa disedari. Kepada yang telah pergi saya doakan semuaga rohnya dicucuri dan dilimpahi rahmatNya. Amin.

Foto-foto tersebut diambil oleh cikgu kelas iaitu A Rahman Che Mat atau dikenali A. Rahman CM. Beliau sangat aktif dalam penulisan cerpen didalam akhbar-akhbar seperti Berita Minggu dan Mingguan Malaysia dan novel sehingga kini. Beliau dilahirkan pada 23 Jan 1943 di Kampung Tebauk, Kuala Terengganu. Karya

Foto Guru dan Ustaz akhir 70an bertugas di SKBT

Duduk dari kiri; kerani, ?, ?, Cikgu Wan Manaf, Cikgu A Rahman CM, Ustaz Abdullah, Cikgu Salleh, Guru Besar Cikgu Mahmud, ?, ?, Cikgu Yahya, Cikgu Aziz, ?, Cikgu Rafeah dan Cikgu Hasnah.

Tengah dari kiri; Cikgu Zakaria, ?, Ustaz Yusof, ?,?, Cikgu Ismail M Zain, ?, Cikgu Arshad, ?, ?, ?, Cikgu Mahmud, Cikgu Mansor, Cikgu Hassan? dan Cikgu Yong.

Belakang dari kiri; ?, tukang kebun, Ustaz Abdullah, Tukang kebun, Cikgu Abdullah, Cikgu Muda Ismail, ?, ?, Cikgu Latif, Tukang kebun Ali, ?, ?, tukang kebun, Tukang kebun Pak Lah dan ?.