Thursday, March 1, 2012

Injil Sahkan Nabi Muhammad S.A.W Sebagai Rasul Ditemui

Sebuah naskhah kitab Injil berbahasa Arami berumur lebih 1500 telah ditemui di Turki...mengandungi pernyataan Nabi Isa a.s bahwa Muhammad adalah sebagai RASUL yang akan datang selepasnya....!! penemuan ini telah menggemparkan pusat kristian dunia di Vatican, Rome.

NASKHAH injil tersebut sebenarnya sudah ditemui semenjak 12 tahun lalu...namun atas desakan dan permintaan kuat pihak gereja ia telah dirahsiakan...kerana bimbang ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran .
Naskhah injil ini dipercayai telah dilarikan oleh salah seorg utusan Nabi Isa a.s. Ia jelas mengandungi persamaan dari segi aqidah yang menolak konsep trinity atau fahaman ketuhanan Isa a.s, yang sama seperti aqidah kita kaum muslimin.

Ia pernah ditawar dengan harga 22 juta dolar sebelum ini, di dalam injil tersebut disebutkan bagaimana seorang tukang tilik telah bertanya kepada Nabi Isa. a.s siapakah yang akan datang selepasnya lantas dijawab oleh Nya "Ahmad/Muhammad.... nama seorang yang diberkati".
Naskhah yang terbuat dari lembaran kulit dan menggunakan dakwat emas itu dipercayai adalah satu salinan dari injil Barnaba.

Kandungan asal injil Nabi Isa a.s. terlalu pendek sebab tempoh baginda berdakwah cuma lebih sedikit 3 tahun. Tekanan Kaisar Konstantinopel tersangat berat sehingga pengikut baginda sembunyi-sembunyi dalam mengamalkan pegangan kepercayaan mereka.

Kemudian datang St. Paul (seorang pendeta Yahudi yg cemburu dengan penerimaan ramai terhadap agama Isa a.s.) yang mencipta segala-galanya - itulah versi injil yang ada sekarang - penuh kontra.

No comments:

Post a Comment