Tuesday, September 18, 2012

Kegunaan Ubat Gigi Hok Mung Dok Tau

Kegunaan ubat 
gigi selain untuk menggosok gigi. Ini kerana ubat gigi selain dari memutih, mencerah, menghilangkan kotoran dan mengembalikan dan melindungi enamel. Artikel ini saya terima melalui email.
 
1. Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka
2. Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.
3. Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Mencucinya di pagi hari.
4. Mengilatkan kuku
5. Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.
6. Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.
7. Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.
8. Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.
9. Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.
10. Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang lembut keesokan harinya.
11. Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.
12. Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.
13. Henghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.
14. Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.
15. Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.
16. Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya.

Monday, September 10, 2012

AL-Fatihah

Bahawasanya cikgu kita A Rahman CM (A Rahman Che Mat) telah kerahmatullah hampir tiga bulan yang lalu dirumah anaknya di Kuala Lumpur setelah dimasukkan ke IJN. Semasa hayatnya beliau banyak menulis buku-buku serpen dan sebagainya. Semua buku siap tiada yang tidak siap dalam peninggalannya mengikut kata anak saudaranya Khairul Anwar b Ibrahim dalam pertemuan singkat kelmarin. Beliau adalah guru kelas 6 Orkid di tahun 1975 Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Semuga Allah mengampuni-dosa-dosanya dan ditempatkan bersama para solehin. Al-Fatihah sedekahkan kepada rohnya. Amin.

Sunday, September 9, 2012

Dulu 1975 dan Kini 09092012

 Kini pada 09 Sept 2012 Khairul Anwar b Ibrahim setelah sekian lama, kini bersua di Salt Water Kopitiam, Bandar Baru, Kerteh. Beliau diSyarikat SAAEM Engineering Marine, Pejabatnya di Kerteh. Membuat kerja-kerja di Offshore. Beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah mNengah Sain Wakaf Tembesu pada 1976 setelah berjaya mendapat 5A ujian penialain darjah 5 pada tahun 1974.
Dulu pada tahun 1975 di Kelas 6 Orkid. Dalam bulatan merah. Beliau pernah memasuki Pasukan Kadet Bersatu Malaysia semasa menuntut di Sekolah Men. Sain yang dipimpin oleh jurulatih dari 24 RAMD (1979) dan 10 RAMD (1980) SETELAH 24 RAMD berpindah ke Serawak. Beliau menceburi dalam TLDM sebagai pegawai dan pakar menyelam. Kini bermastautin di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir. Dalam bulatan biru tu akulah.