Monday, December 10, 2012

DOAKAN

Assalaamualaikum
Anak rakan kita Rozita binti Mohd telah kemalangan jalan raya baru-baru ini 4/12/2012 telah dilanggar oleh kereta ketika melintasi jalan dengan basikal di Jerteh. Alhamdulillah tiada kecederaan serius dan luka-luka didahi, lengan, lutut. umur beliau 9 tahun.

Saturday, December 1, 2012

Kawan Lama

Seorang lagi kawan lama bersua setelah sekian lama. Beliau ialah saudara Ruzlan b Harun. Kini beliau bertugas di Pejabat Telekom, Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu. Beliau kini tinggal di Gong Badak. Rakan kita semasa darjah 6 di SKBT. Beliau adalah anak saudara guru besar kita dulu iaitu Allahyarham Tuan Hj. Mahmud yang tinggal di Kampung Banggul Pauh.